Koleksi ini adalah antara koleksi terbaik dari penyanyi Dangdut Asli dan Pop Dangdut. Antara lainnya mengandungi lagu Intan Ali, Risya, Hamdan Att, Ida Laila, Leo Waldy Dll
Sample MP3:
POP DANGDUT DINAMIS 90
Bonus Track Pop Dangdut:
Deddy Dores - Tobat (Deddy Dores)
POP DANGDUT KREATIF
HERTY SITORUS - 7 HARI 7 MALAM
Nama Herty Sitorus bukanlah asing di Indonesia, tetapi tidak dikenali langsung di Malaysia. Bermula sebagai penyanyi pop yang agak terkenal,
Jeffery Bulle mengangkat nama Herty Sitorus sebagai penyanyi Pop Dangdut hujung tahun 80an. Lagu Herty sitorus yang terkenal adalah
Wanita Setia (Cipt: Jhon Dayat dan GAMA), 7 hari 7 malam (cipt: Jeffery Bulle, ACC Boleh-Boleh Saja (Jeffery Bule), Kangen (Manthous) dan juga Kau Bukan Dirimu (Amin Ivos), Herty juga banyak menjadi Backing Vocal bagi ramai penyanyi dangdut. Jeffery Bule yang terkenal di era Disco Dangdut, sebenarnya telah dikenali di irama Pop Dangdut.
HERLIN WEDHASWARA - HANYA KAMU
Herlin Wedaswara yang pernah menghasilkan album Pop Dangdut tahun 90an. Album ini boleh dikelaskan sebagai album yang berjaya dari segi susunan muziknya oleh Jeffery Bule yang kemas dan mantap. Kewujudan album ini seiiringan dengan lagu2 Dina Mariana seperti ABC, dan banyak yang lahir seumpamanya.
Herlin Wedhaswara - Hanya Kamu (Jeffery Bulle)
LAGU-LAGU JAWABAN
Tidak dinafikan kemampuan dan sumbangan Obbie Mesakh dalam dunia dangdut Indonesia sejak tahun 89 adalah sangat besar. Karya Obbie Mesakh yang pada awalnya berkisar kepada lagu-lagu Pop Indonesia sahaja mula bercambah dibidang penciptaan lagu bergenre dangdut. Lagu Ciptaannya dengan judul
Lebih Baik Sakit Gigi (Nyanyian Allahyarham Meggy Zakaria @ Meggy Z)berjaya terjual melebihi 300,000 ribu unit. Lagu tersebut menjadi salah satu hits dangdut ketika itu lalu diteruskan dengan lagu Terlanjur Basah, juga nyanyian Meggy Z.
Begitu juga dengan lagu-lagu yang mempunya Judul yang hampir sama seperti tersenarai dibawah. Demam Pop Dangdut yang berlanjutan membuatkan berbagai lagu yang menggunakan judul yang hampir sama sebagai tarikan. Bermula dari Heidy Diana dengan lagu
Dimana Ada Aku, Di situ Ada Kamu.
JHONNY ISKANDAR - BUKAN PENGEMIS CINTA
Penggemis Cinta - Jhonny Iskandar (Ukat S)
ANCI LA RICCI - PANTANG BICARA DUA KALI
Lagu
Pantang Bicara Dua Kali boleh dikatakan lagu yang menaikkan nama Anci Laricci dalam dunia Dangdut Indonesia. Sebelumnya beliau dikenali dengan lagu Pop Dan Reggae. Lagu ini turut dibawakan semula oleh Group Gaul.
Pantang Biacara Dua Kali - Anci La Ricci (Anci LR)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar